Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, October 23, 2010

Gambar malam Ahad: Tak haram tengok ...?

Rahsia tambat hati suami ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Read more...

Kenyataan rasmi ILMAM

Kenyataan rasmi ILMAM
(Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia)
di sini.

Read more...

Agenda Sulit UMNO Aibkan Ku Li di Pilihanraya Galas?

"Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak terperanjat sekiranya Ku Li dijadikan sebagai kambing hitam jika UMNO gagal menawan Galas dan sememangnya percaturan berkenaan sudah dicongak oleh kumpulan-kumpulan tertentu sekaligus mahu menyaksikan kareer politik ahli Parlimen Gua Musang terbabit terkubur.

"Kita lihat dalam konteks politik, jika beliau berjaya merampas kerusi Galas, akan menaikkan imej Presiden Umno-BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan Umno dan yang lain-lain tetapi jika beliau gagal, bebanan kekalahan terpaksa dipikul sepenuhnya oleh Ku Li," jelas beliau."

Sedutan dari sini.

Read more...

Tentera Semut ke AGM ...? Pecah Rahsia ...?

Woooiii, PR hantar
Tentera Semut ke dalam AGM UMNO ...?
Woooiii, dah pecah rahsia ...?
UMNO dah tahu ... tapi tak kenal ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Woooiii, UMNO ...!!!
Tentera tu ialah Pemuda UMNO ...!!!
Tentera tu akan undi PR dalam PRU-13 ...!!!

Kah, kah kaahhh ...?
Hancuzs UMNO ...!!!

Read more...

Aik, semua Sifar ...? Apa jadi ...?

Kelantan dah 20 tahun
Salah Guna Kuasa Sifar.
Imam negeri-negeri kuasa PR.
Alhamdulillah ...!

Pulau Pinang, sejak tahun lepas
Kemiskinan Tegar Sifar.
Alhamdulillah ...!

Selangor, mulai November nanti
Defisit Sifar.
Alhamdulillah ...!

Kedah, ha ha, dah jadi
Rasuah Sifar.
Alhamdulillah ...!

Negeri-negeri kuasa UMNO,
Harta Negara Sifar.
La'natullah ...!

Kah, kah kaahhh ...?
Hancuzs UMNO.

Read more...

Isy, ish, iissyyy ...? Tak kan dia ni kepala besar ...?

Isy, ish, iissyyy ...?
Tak kan dia ni kepala besar ...?
Kah, kah kaahhh ...
Hancuzs ...

Read more...

Friday, October 22, 2010

Ditangkap Khalwat dan Ditangkap Basah ...?

Ditangkap khalwat dengan Ibu Sendiri ...?
Kah, kah kaahhh ... UMNO-ngok ...?

Ditangkap basah dengan isteri sendiri ...?
Kah, kah kaahhh ... UMNO-ngang ...?

Di sini.

Read more...

Mufti Wanita Pertama ...?

Gambar hiasan.

Siapa mufti wanita pertama di dunia...?
Fatwa pertamanya `Busana Pakaian Wanita Islam` ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Mufti wanita pertama tentunya sebok ...
Sebab, dia memang kaki sebok ...
Kah, kah kaahhh ...

Mufti wanita pertama tentulah berpangkat ...
Sebab, dia memang gila pangkat ...
Kah, kah kaahhh ...?
Hancuzs ...?

Read more...

Lagi PilihanRayaKecil ...?

"KUALA LUMPUR 21 Okt - Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadhan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulailan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar-gambar untuk pencinta Islam ....

Sumber gambar di sini.
Dukacita di sini.
Marah di sini.

Fesyen Islam UMNO bapa Islam Hadhari
Kah, kah kaahhh ...?
Kancuzs ...?

Read more...

Antara pengakuan orang UMNO sendiri .... Updated

UMNO lemah dan bermasalah di sini.
Pemimpin Syok Sendiri di sini.
Bersikap seperti 'Pak Pandir' di sini.
UMNO berNostalgia di sini.
Hak Melayu terjamin jika BN hilang kuasa di sini dan di sini.
UMNO, masih Budaya Politik Kuno di sini.
Sumber gambar di sini.

Read more...

Blogger Aduka Taruna dibicarakan ...

"SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Calon PAS-PR Galas telah diumumkan ...

"Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978. Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya. Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat."

Sedutan dari sini.

Read more...

Thursday, October 21, 2010

Gambar Renungan: Family Album ...?

Kesiaaannnnn ....?

Read more...

Siapa kenal mereka ini ...?

Siapa kenal mereka ini ...?
Macam imam dan para makmum jer ...?
Ayah Pin dan Rasul Melayu setuju ker nih ...?

Ada kaitan di sini dan di sini.

Read more...

Gambar hiasan petang Khamis ...

Gambar hiasan petang Khamis
........?
Malam Juma'at ...

Read more...

Kenapa ...? Kesiaaannnn ...?

Tiuplah sekuat mulutmu ...
Biar kembung kedua pipimu ...
Biar bocor hati perutmu ...
Kah, kah kaahhh ...
Scotish, Scotish ...
Kah, kah kaahhh ...
Hancuzs ...

Read more...

PRK DUN Galas :Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Malam Ini

"GUA MUSANG 21 OKT :Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan melancarkan jentera pilihanraya Keadilan untuk Pilihanraya Kecil DUN Galas pada malam ini.

Majlis itu akan diadakan di Pejabat Operasi KeADILan PRK Galas Blok E, PT 7816, Taman Mesra, Gua Musang.

Kemudian pada jam 9 malam, dijadualkan pengistiharan Calon Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dataran Ilmu, Sebelah Masjid Faiz, Gua Musang.

3 pemimpin utama Pakatan Rakyat akan menyampaikan ucaptama ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebelum pengumuman calon Pakatan Rakyat.

Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Oktober ini dan tarikh pembuangan undi pada 4 November ini serentak dengan pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi."

Sumber di sini.

Read more...

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

"KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival."

Sumber di sini.

Read more...

Dua sahabat yang Unggul ...?

Dua sahabat yang unggul ...
Di Batu Sapi ...?
Kah, kah kaahhh ...?
Hancuzs ...?

Read more...

Hebaattt, memang hebat dia ni ...?

Hebaattt, memang hebat dia ni ...?
Bernaung di bawah umco ...?
Kah, kah kaahhh ...?

Read more...

Wednesday, October 20, 2010

Cendera Hati Termahal ....

Cendera Hati atau Cendera Mata
termahal dari seorang muslim kepada bukan-muslim
ialah al-Qur^an.

Read more...

Pemikir ini ...

Pemikir Beruk:

Beruk .. Beruk .. Beruk ...
Bila boleh jadi manusia beruk ...?
Bila boleh jadi beruk manusia ...?
Beruk .. Beruk .. Beruk ..
Darwin beruk ...?
Evolusi beruk ...?

Beruk .. Beruk .. Beruk ..?
Dulu, kini dan selamanya ...?
Beruk .. Beruk .. Beruk ..?

Read more...

Umno-BN Rancang Salur RM75 Bilion Dana KWSP Dalam Syarikat Kroni

"KUALA LUMPUR 20 Okt - Pengumuman Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat misteri milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak di dalam pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP lantas menimbul kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing)."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Kesiaaannnnn mereka ni ...?

Kesiaaannnnn mereka ni ...?
Tak tau adab ketawa dalam Islam ...?
Orang macam ni dilantik pemimpin ...?
Na'uzubilLAH ...

Read more...

Gantung Ikan, Gantung Ayam ...? Kah, kah kaahhh ...?

Ikan digantung, kepala ke bawah ...
Kah, kah kaahhh ...

Ayam digantung, kepala ke atas ...
Kah, kah kaahhh ...

Gantung special ... Kah, kah kaahhh ...
Gantung standard ... Kah, kah kaahhh ...

Hancuzs rasis ...?

Read more...

Kelab Pencinta Umno Di Dalam PAS ...?

"Umno dengan bantuan penjilat-penjilatnya dalam kelab pencinta Umno di dalam PAS telah berjaya menjadikan DAP hantu yang ditakuti oleh orang-orang Melayu. Mereka sengaja mengetepikan hakikat bahawa paling tinggi pun DAP hanya boleh menang 40 kerusi sahaja dari 222 kerusi Parlimen.

Katakanlah Umno dan penjilat-penjilatnya dalam Kelab Pencinta Umno di dalam PAS berjaya menghalang DAP memenangi kesemua kerusi itu, adakah PAS atau Umno yang akan menang? Bukankah kalau bukan DAP yang menang, MCA atau Gerakan atau MIClah yang menang?"

Sedutan dari sini.

Read more...

Tuesday, October 19, 2010

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

"KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu diSepenuhnya bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Mari tengok cerita kartun gedempol ...

Cerita Kartun Gedempol
di sini.

Read more...

Ewaaahhhh, minta Duda Asah Pisau ...?

"SIK - “Saya datang ke rumahnya sekadar meminta tolong dia mengasah pisau pemotong getah sahaja,” kata pasangan wanita berumur 54 tahun ketika ditanya penguatkuasaan ketika di rumah pasangan lelakinya berumur 57 tahun.

Maklumat orang awam mendapati, wanita berstatus janda itu sering dilihat mengunjungi rumah lelaki yang berstatus duda itu dan kemudiannya mereka membuat keputusan untuk membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Sik (PAIDS).

Pegawai Agama, PAIDS Syeikh Mohd Haizan Hamzah, berkata, kakitangan PADS menerima aduan tersebut sekitar jam 12.50 tengah hari dan selepas solat Jumaat sekitar 2.50 petang mereka menyerbu rumah pasangan berkenaan.

Menurutnya, kemungkinan pasangan berkenaan menyangka waktu golongan lelaki sedang menunaikan solat Jumaat adalah waktu paling selamat untuk mereka berdua-duaan."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Orang Asli kecewa usul tergempar ditolak

"KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli, Simpan Suda menyuarakan rasa kecewa apabila Dewan Rakyat mengetepikan usul tergempar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

"Usul (tergempar) hari ini mungkin ditolak, terpulang pada Ahli Parlimen kita (Kamarul Baharin) untuk membawanya," ujarnya ketika ditemui di luar Parlimen.

Difahamkan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul tergempar tersebut demi melaksanakan peraturan mesyuarat.

Menurut Simpan, pemimpin-pemimpin Orang Asli terbabit tidak berniat mempertikai keistimewaan Orang Melayu serta Bumiputera Sabah-Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Orang Asli Semenanjung Malaysia katanya cuma mahu hak mereka dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan sahaja."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Cis: Rombongan Orang Asli ke Parlimen disekat

"KUALA LUMPUR, 19 Okt: Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.

Menurut Muhammad Faizal Zakaria, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, rombongan tersebut sepatutnya dibenarkan memandangkan Ahli Parlimen Telok Kemang sendiri yang membuat permohonan tersebut minggu lepas.

Lagipun, katanya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak wajar dinafikan oleh pihak parlimen dan polis.

Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin dari Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Dari memo yang dihantar kepada Harakahdaily, Pengerusinya Simpan bin Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut memo tersebut, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

Walhal, memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf sedangkan mereka juga adalah penduduk asal negara.

Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.

Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah:"

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Sah, PAS letak calon Orang Asli di Galas ...?

"JOHOR BAHRU – Pas Pusat telah bermesyuarat dan akan mengumumkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 19 Oktober (hari ini).

Timbalan Presiden Pas Pusat, Nasharudin Mat Isa berkata, Pas sudah bermesyuarat dan menentukan calon PRK DUN Galas.

”Kita sudah mempunyai calon, Insya-Allah kami akan umumkannya pada 19 Oktober ini,” katanya ketika merasmikan pelancaran dana pilihan raya Pas Johor di Sangkar Kristal, di sini, kelmarin.

Keadaan dewan riuh seketika apabila Ahli Parlimen Bachok itu berseloroh menyatakan Pas akan meletakkan orang asli sebagai calon parti itu.

“Memang sah kita akan meletakkan calon dalam kalangan orang asli, bukan orang batu ataupun orang besi,” katanya.

Di KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, calon tersebut dipersetujui sebulat suara jawatankuasa Dewan Harian Pas yang bermesyuarat pada 13 Oktober."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Boleh siar ke gambar-gambar ni ...?

Boleh siar ke gambar-gambar ni ...?

Read more...

Monday, October 18, 2010

Datuk Karim Ghani keluar Umno

"Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Mereka ini Bermimpi Gumbira ...?

Para penghuni rumah-rumah di atas
telah bermimpi gumbira dapat berpindah
ke Bagunan 100 Tingkat 2011 dan tergolong
dalam mereka yang BerPendapatan Tinggi.
Kah, kah kaahhh ...?

Mereka juga dapat seluar dalam, coli, topi,
kelambu dan bedak tanpa cukai.
Kah, kah kaahhh ...
Hancuzs 1Malaysia ...

Read more...

Tengok gambar ni ...

Tengok gambar ni ...

Sumber gambar di sini.
Berita terkini di sini.

Read more...

Air: Umno takut penyelewengan terbongkar

"PERMATANG PAUH, 18 Okt: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.

Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.

Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat melalui Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air dan Kadar Bekalan Air Negeri Kedah 2010 telah menetapkan tarif air ini. Mereka juga yang memberi kelulusan terhadap kenaikan ini.

"Oleh kerana itu Umno tidak harus menuding jari kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan terbongkar," ujarnya lagi ketika menyampaikan ceramah isu semasa di markas PAS Kampung Pelet, Penanti, kelmarin."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Isy, ish, iiisy ... Sejuuukk mata memandang ...?

Isy, ish, iiisy ... Sejuuukk mata memandang ...?
Projek membiak puaka ...?
Kah, kah kaahhh ... Hancuzs ...

Sumber gambar di sini.

Read more...

Sunday, October 17, 2010

Ewaaahhhh, happy nampak ...?

Ewaaahhhh, happy nampak ...?
Dapat peruntukan RM111 juta ...?
Bajet Malam Juma'at ...?

Kah, kah kaahhh ... Hancuzs ...?

Sumber gambar di sini.

Read more...

Ada, tidak genap ... Tiada, tidak ganjil ...

"Kelab Umno Pesara kitar semula ahli lama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.

Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.

Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.

Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja.

Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Sedap la dia punya

Sedap la dia punya
komen mengenai bajet 2011.
Bajet ego ...?

Kah, kah kaahhh ... Hancuzs ...

Di sini.

Read more...

Berlagak Menteri ...?

"Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.

"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi."

Sedutan dari sini.

Read more...

Kambing pun dirogol ...? Seksi punya politik ...?

Kambing pun dirogol ...?
Astagagau udang ...?
Seksi punya politik ...?

Sumber gambar dan cerita
di sini.

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP