Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Saturday, July 24, 2010

Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno

"SHAH ALAM, 23 Julai: Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta; Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.

Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.

Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.

"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Friday, July 23, 2010

Siasatan SPRM Terhadap Tan Boon Wah, Empat Jam Berdiri

"hli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah hari ini mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan soal siasat terhadapnya secara berdiri selama empat jam.

Memberi ketarangan pada Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock, beliau juga mendakwa disoal secara kasar termasuk dihambur perkataan kesat dan berbaur perkauman, selain menyentuh ahli keluarganya.

"Ada pegawai yang cucuk muka saya (bahagian dahi dengan jari) dan cakap 'you tak faham bahasa ka?','you dari China ka', 'macam ni ka ahli majlis'. Mereka juga tanya pasal bini (isteri) saya, tetapi mereka tidak percaya dan kata nak bawa anak bini saya ke situ," katanya.

Beliau berkata demikian apabila disoal peguam kepada keluarga Beng Hock iaitu Gobind Singh Deo."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor

"SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Thursday, July 22, 2010

Kah kah kaahhh: Gambar Malam Jumaat

Orang alim tak kan bohong ...?
Kah kah kaahhh!
Kucing, kucing, tak kan bohong ...?
Kah kah kaahhh!

Ada pepatah ke ada peribahasa ...?
Kah kah kaahhh!

Read more...

Umat Islam di Amerika kagumi Nik Aziz

"KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya.

Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang juga Presiden Civilizations Exchange & Cooperation Foundation Amerika Syarikat berkata, ramai di kalangan penduduk Islam di negara kuasa besar terbabit mengenali nama Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, biar pun sudah lama mendengar orang sebut namanya hanya baru semalam dapat bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”InsyaAllah saya akan berusaha memperkenalkan Kelantan di Amerika Syarikat terutamanya kepada umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama Islam.

”Di sini suasana pembelajaran agama begitu menarik sekali. Sesuailah Kelantan dipanggil Serambi Mekah, seharusnya menjadi tumpuan dari pelusuk dunia menuntut ilmu agama di sini," ujar beliau.

Beliau berulang kali melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa dengan tokoh agama yang begitu dikaguminya."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Peguam Tharmendran tuntut jaminan keselamatan bertulis Menteri

"KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam kepada bekas sarjan TUDM, N Tharmendran pagi ini menyerahkan nota tuntutan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar memberi jaminan keselamatan kepada anak guamnya.

Ianya ekoran Tharmendran yang dituduh terlibat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007 kini didakwa berdepan ancaman ditahan dan diseksa pihak tentera udara.

"Alasan kami datang kesini untuk menyampaikan nota tuntutan kepada Menteri, berhubung kes bekas sarjan Tahrmendran salah seorang yang dituduh terlibat dengan kehilangan enjit jet dipaksa untuk kembali ke tahanan di penjara Sungai Buloh kerana pihak TUDM cuba menahan beliau.

"Kami datang ke sini untuk mendapat jaminan menteri, supaya Tharmendran tidak diambil," kata N Surendran, peguam mewakili Tharmendran."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Wednesday, July 21, 2010

Aku Kaya, Aku Kaya, Aku Kayaaaaaaaaa ....?

Aku Kaya, Aku Kaya, Aku Kayaaaaaaaaa ....?

Cerita lain di sini.

Read more...

Ada bisik kata: KJ nak keluar UMNO ...?

Sekarang ada golongan yang sibuk cakap mengenai KJ.
Ada macam-macam ungkapan.
Ada juga bisik kata dia mungkin keluar UMNO
sebelum PRU-13 ...?

Ungkapan lain di sini.

Read more...

Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan

"KUALA LUMPUR, 21 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.

“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Polis serbu ibu pejabat PKR

"PETALING JAYA, 21 Julai: Pihak polis seramai 10 anggota telah datang ke ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana di sini untuk merampas komputer berhubung kes Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Menurut petugas di pejabat itu, kedatangan polis tersebut tidak dimaklumkan.

Polis masih menunggu Chegu Bard dan keadaan itu memberi gangguan kepada pihak parti."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Tuesday, July 20, 2010

Maaaafffffffff ya ampuuuuuuuunnnnnnn ......?

TIRAM ...?

Maksud sebenar di sini.

Read more...

Kah kah kaahhh, UMNO Selangor

Kah kah kaahhh bila baca berita ni:
"KUALA LUMPUR, 20 Julai — Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor."

Seterusnya di sini.

Read more...

Bulan, bintang tentu arah kiblat

"SHAH ALAM, 19 Julai: Umat Islam bukan sahaja boleh menggunakan matahari sebagai panduan arah kiblat malah bintang dan bulan juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut dengan syarat mereka mengetahui caranya.

Dalam gugusan bintang, terdapat satu buruj yang dikenali sebagai Orion berkedudukan tiga berderet dengan jelas menunjukkan arah kiblat.

Pensyarah Kanan Jabatan Fizik, Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin menjawab soalan ketika memberikan informasi tentang tatacara cerapan angkasa yang diadakan di Dataran Kemerdekaan dekat sini, malam semalam.

Dalam taklimat ringkas menggunakan alat audio visual itu, Prof Dr Zambri bercakap khusus tentang Penerokaan Cakerawala Melalui Sains Astronomi yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menurutnya, program itu diadakan sempena sambutan 10 Tahun Falak Selangor dan Konvensyen Falak Selangor 2010 dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin."

Seterusnya di sini.

Read more...

Monday, July 19, 2010

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

"KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara."

Seterusnya di sini.

Read more...

Peguam Mohon Mahkamah Lindungi Tharmendran Dari TUDM

"Kerana takut diculik dan didera, bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia N Thermendran yang dituduh mencuri enjin jet pejuang F-5E memohon perlindungan dari Mahkamah terhadap pegawai-pegawai TUDM yang mahu menculiknya.

Peguam N Surendran yang akan memfailkan permohonan itu hari ini mendakwa Jumaat lalu pegawai-pegawai TUDM berkunjung ke rumah tertuduh di Seremban dengan niat untuk menculik.

Tharmendran didakwa atas kesalahan mencuri dua enjin jet milik TUDM Januari lalu. Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau telah didera oleh pegawai tentera supaya mengaku bersalah.

Beliau mendakwa telah diseret, dibogelkan, dicampak ke bilik sejuk dan dipukul dengan kayu golf empat kali sehari semasa ditahan selama 60 hari sejak 2 Julai tahun lalu.

Tharmendran berkata meskipun kini bukan lagi anggota tentera, namun TUDM masih mengganggu beliau."

Seterusnya di sini.

Read more...

Sunday, July 18, 2010

TGNA wahabi ....?



Seterusnya di sini.

Read more...

Projek PTL: Sekadar makluman

Minggu lepas, blogger ISA (IkutSukaAku) tanya: Kenapa dah kurang aktif memblog? Dua hari lepas, blogger WartaMaya pun kata begitu. Beberapa sahabat lain juga membuat komen dengan maksud yang sama.

Sebagai menjawabnya: Saya kurangkan aktiviti memblog dengan menambah aktiviti PTL iaitu Pertanian Tanpa Ladang. Sekarang dah siap
PTL Fasa 1.

Insya Allah, minggu depan bermula pula
PTL Fasa 2.

Sekadar makluman.

Read more...

Aksi Lucah SeOrang Tentera ....?

Khabarnya, ini adalah aksi tentera musuh di Afghanistan ...?
Kesiaaannnn si unta tu ...?

Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP