Ubat Kanser. Beberapa kes telah disahkan sembuh. Maklumat lanjut hubungi Encik Md Faizal, 0193569188.

Friday, December 26, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 4)


Hukuman Sebat: Hukuman Sebat dalam kategori hudud hanya dikenakan ke atas pesalah berikut:

1. Pezina yang tidak-muhson;
2. Penuduh seseorang muhson melakukan zina; dan
3. Peminum arak.

Pezina Yang Disebat: Pezina yang disabitkan kesalahannya seperti dalam (Siri 2) dan (Siri 3), kecuali pensyaratan ke 5, hendaklah dikenakan 100 sebatan. Maksudnya, pezina yang dihukum 100 sebatan ialah pezina yang tidak-muhson. Manakala yang dihukum rejam ialah pezina yang telah muhson (lihat pensyaratan 5, Siri 2).

Antara peraturan menyebat ke atas pezina yang telah disabitkan kesalahannya adalah sebagai berikut:

1. Sebatan dilakukan di khalayak ramai atau di tempat umum;
2. Alat menyebat hendaklah sederhana keadaannya seperti tidak terlalu keras, tidak bercabang-cabang, tidak berbuku-buku dan tidak berpecah-pecah;
3. Menyebat dengan tenanga yang sederhana sahaja. Malah, dilarang tukang sebat dari mengangkat tangannya hingga menampakkan ketiak dan dilarang juga tukang sebat membuat aksi lajakan;
4. Menyebat dengan cara yang tidak mendatangkan parah;
5. Sebatan hendaklah dilakukan ketika pesalah berdiri tegap dan bersiap-sedia;
6. Sebatan hendaklah dikenakan sahaja pada bahagian belakang pesalah;
7. Tidak menyebat pada satu tempat sahaja;
8. Tidak menyebat ketika musim terlalu panas atau terlalu sejuk; dan
9. Tidak menyebat ketika pesalah sedang mengidap sakit, sedang bernifas, sedang hamil dan sedang mempunyai anak yang sedang menyusu daripadanya.

Malah, pesalah mempunyai hak menutup auratnya seperti biasa.

(Bersambung ke Siri 5).

Read more...

Thursday, December 25, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 3)


Pembatalan Hukuman Rejam Sampai Mati: Hukuman rejam sampai mati hendaklah dibatalkan apabila berlaku perkara atau perkara-perkara berikut:

1. Pesalah yang disabitkan kesalahannya dengan pengakuan sendiri menarik balik pengakuannya, sama ada sebelum atau sedang dilaksanakan hukuman;
2. Saksi atau saksi-saksi menarik balik persaksian sebelum dilaksanakan hukuman;
3. Terbatalnya kelayakan saksi atau saksi-saksi sebelum dilaksanakan hukuman;
4. Mati seorang saksi atau saksi-saksi sebelum dilaksanakan hukuman; dan
5. Berlaku perkahwinan kedua-dua pezina (lelaki dan perempuan) berkenaan.

Perlakuan Yang Dipertikaikan: Antara perlakuan yang dipertikaikan sama ada zina atau bukan-zina adalah sebagai berikut:

1. Homosexual;
2. Bersetubuh dengan binatang;
3. Bersetubuh dengan manusia yang telah mati;
4. Persetubuhan dari perkahwinan yang haram;
5. Persetubuhan dari perkahwinan yang batal; dan
6. Wanita yang dituduh masih terbukti kewujudan daranya.

(Bersambung ke Siri 4)

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 2)


Rejam Sampai Mati: Hukuman ini hanya dikenakan ke atas pezina yang telah disabitkan kesalahannya berdasarkan pensyaratan berikut:

1. Ia telah melakukan persetubuhan haram dengan kemasukan kepala zakar atau kadarnya ke dalam faraj;
2. Ia melakukannya dengan sengaja dan sukarela;
3. Ia mempunyai akal yang waras dan dalam keadaan baligh;
4. Ia melakukannya tanpa pemilikan atau syubhat pemilikan;
5. Ia adalah seorang yang telah mohsan; dan
6. Perlakuannya telah disabitkan salah oleh mahkamah dengan persaksian para saksi dan/atau pengakuannya sendiri, dengan beberapa pensyaratan tertentu.

Jika pensabitan kesalahan dengan persaksian para saksi maka pensyaratannya adalah sebagai berikut:

1. Para saksi hendaklah pada bilangan empat orang lelaki yang seagama dengan pezina, kecuali persaksian suami ke atas isterinya sendiri;
2. Para saksi hendaklah dari golongan yang ‘adil, iaitu dikenali tidak melakukan dosa-dosa besar serta tidak berkekalan dalam dosa-dosa kecil;
3. Para saksi tiada sebarang halangan untuk menjadi saksi terhadap pezina kerana kekerabatan, permusuhan, pakatan, tuhmahan serta fitnah;
4. Para saksi hendaklah berakal waras, dalam keadaan baligh, mempu bertutur dengan baik; dan
5. Para saksi hendaklah terdiri dari yang melihat perbuatan pezina dengan jelas lagi terang, mempunyai daya ingatan yang kuat lagi tepat serta mampu menceritakan perbuatan pezina dengan jelas lagi teratur di hadapan mahkamah.

Jika pensabitan kesalahan dengan pengakuan pezina sendiri maka pensyaratan berikut hendaklah dipenuhi:

1. Ia mestilah dalam keadaan baligh dan berakal waras;
2. Ia mestilah dilakukan dengan sengaja lagi sukarela;
3. Ia mestilah diperakui bukti berkeupayaan melakukan zina; dan
4. Ia membuat pengakuan secara berterus-terang, bersungguh-sungguh dan di hadapan mahkamah.

(Bersambung ke Siri 3)

Read more...

Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 1)


Saya akan menulis beberapa siri mengenai Hudud dan Qisas supaya para pembaca mendapat gambaran yang betul mengenainya. Tajuk ini perlu difahami oleh semua golongan agar dapat memikirkan sama ada ia hanya untuk golongan muslim sahaja ataupun diperlukan juga oleh golongan lain.
------

Hudud (حدود), plural bagi perkataan Had (حد), ialah hukuman tertentu bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang mesti dilaksanakan oleh negara atau kerajaan. Qisas (قصاص) ialah hukuman tindak-balas bagi kesalahan-kesalahan ke atas diri seseorang yang mesti dilaksanakan oleh negara atau kerajaan.

Hudud dan Qisas adalah sebahagian dalam kanun kesiksaan yang menyeluruh. Maksudnya, ia adalah undang-undang negara dan tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau kumpulan.

Hukuman hudud terhad kepada lima jenis sahaja, iaitu:

1. Direjam hingga mati;
2. Disebat;
3. Dipotong tangan;
4. Dibunuh; dan
5. Dipotong tangan dan kaki secara silangan atau disolib atau dibunuh atau dibuang daerah/negeri (penjara).

Hudud juga membawa maksud Maksima, iaitu hukuman yang terberat. Sekiranya tertuduh kesalahan tertentu itu tidak boleh disabitkan hukuman hudud maka mahkamah boleh mengenakan hukuman yang lebih ringan, iaitu Ta'azir (تعازير), plural bagi Ta'zir (تعزير), atau hendaklah membebaskannya.

(Bersambung ke siri 2)

Read more...

Monday, December 22, 2008

Laksana Hudud Bukan Tanggungjawab Muslim Sahaja


Saya tidak hadir dalam Wacana Perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia", tetapi sekadar membaca laporan dari berbagai sumber, terutama dari blog para pemaya.

Antara yang menarik perhatian saya ialah mengenai pelaksanaan hukum hudud. Para pemimpin PAS memang mahir dengan perkara ini. Ahli-ahli akademik tersohor, seperti Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, juga memang fasih dalam serba-serbi tajuk ini. Kerana tabi'iy kehidupan mereka bergelomang dengan hal undang-undang.

Mengikut laporan: YB Datuk Husam Musa menyatakan bahawa pelaksanaan hudud adalah tanggungjawab semua muslim. Manakala YA Profesor Dr. Abdul Aziz Bari pula menegaskan jika kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan hudud maka tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksakannya.

Pada saya itu adalah kenyataan dan penegasan lembut lagi berdiplomasi. Mereka menyatakan setakat mukaddimah sahaja. Masa tidak mencukupi untuk mereka. Jika mahukan yang lebih lanjut, hadirlah ke dalam ceramah atau kulliah mereka.

Justeru, suka saya menempel sedikit kenyataan mengenai hudud ini sebagai berikut:

"Pelaksanaan hudud bukan sahaja tanggungjawab muslim tetapi adalah tanggungjawab setiap manusia, sama ada muslim mahupun non-muslim, apabila memerintah negara. Kerana, hudud hanya di kenakan ke atas para pesalah jenayah tertentu sahaja. Kesalahan yang dilakukan mereka adalah memusnahkan kehidupan manusia dalam berbagai aspek, termasuk keselamatan, keharmonian, kesejahteraan dan kemanusiaan. Jenayah tertentu ini tidak dapat dikurangkan, jauh sekali dihapuskan, sekiranya hudud tidak dilaksanakan.

Hudud adalah menyentuh kamanusiaan tanpa sebarang diskriminasi. Siapakah, muslim atau non-muslim, yang rela jika anak gadis atau isteri mereka diperkosa, harta atau wang ringgit mereka dicuri atau dirompak, atau ahli keluarga mereka dibunuh tanpa sebab?"

Read more...

Sunday, December 21, 2008

Mat Sabu Mungkin Direhatkan


Kenyataan TGHH mengenai calon PAS untuk PRK-KT hari ini pendek tetapi menggambarkan bahawa Mat Sabu tidak diputuskan untuk menjadi calon. Mungkin Dewan Harian PAS berbeza pendapat sesama sendiri antara calon yang dicadangkan oleh ahli dan kepimpinan PAS tempatan dengan yang diminati oleh ahli dan penyokong PAS luar Trengganu.

Golongan ahli PAS lama memang rata-rata berpendapat Mat Sabu patut bertanding di suatu tempat yang akan dikosongkan oleh BN dalam tahun 2009 dan bukannya di Kuala Trengganu.

Walau apa pun, ahli-ahli PAS tetap menyokong siapa sahaja calon yang akan bertanding. Para penyokong PR juga dijangka begitu. Mereka bukan seperti ahli UMNO atau penyokong BN.


Read more...

World News

Popular Posts

Jabatan Arkib FSS:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP